Aprilia Rasmikan Tuono 660 Di Amerika Syarikat – 95HP, RM42 Ribu!

Aprilia dengan rasminya memperkenalkan Tuono 660 yang dijangka akan turut mengikut kejayaan RS660 yang telah pun dilancarkan tahun lepas.

Tuono 660 meneruskan penggunaan unit parallel-twin sama yang ditawarkan pada RS660 serta model akan datang, Tuareg 660.

Meskipun pelancaran RS660 ditangguh susulan pandemik Covid-19, Tuono 660 diperkenalkan mengikut jadual sebagai model 2021 dengan Amerika Syarikat dan Eropah menerima model ini terlebih dahulu.

Aprilia menawarkan Tuono 660 pada harga USD10,499 (RM42,394 *tukaran langsung).

Aprilia Tuono 660 dilengkapi dengan sistem APRC yang merangkumi ‘IMU-assisted traction control’ dan ‘wheelie control’ seperti yang terdapat pada RS660.

Berikut antara ciri lain ditawarkan:

  • cornering ABS
  • cruise control
  • paparan TFT berwarna
  • lampu LED dengan DRL (daytime running light)
  • engine braking control
  • lima mod tunggangan

Bagaimanapun, ketika enjin 659cc parallel-twin DOHC yang terdapat pada RS660 menghasilkan 100hp pada 10,500rpm, Tuono 660 menawarkan 95hp.

Perbezaan paling ketara membabitkan ergonomik tempat duduk dengan Tuono 660 menawarkan kedudukan lebih menegak dengan penggunaan ‘handlebar’ yang lebih tinggi di samping tetapan fork berbeza.

Sementara itu, Didi Resources, selaku pengedar jenama Aprilia di Malaysia dijangka akan melancarkan RS660 untuk pasaran tempatan suku pertama tahun ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]