SYM Jet X 150, Jet 4 RX Sah Masuk Malaysia Tahun Depan

Selepas mendedahkan skuter maxi, SYM Maxsym TL 500 boleh didapati di pengedar Disember ini, MForce Bike Holdings Sdn Bhd turut mendedahkan dua model baharu turut akan masuk pasaran tahun depan.

SYM Jet X 150 dan SYM Jet 4 RX yang baru sahaja dilancarkan di Taiwan baru-baru ini akan turut mendarat di Malaysia suku pertama dan kedua 2021.

SYM Jet 150 merupakan skuter 150cc turut dipasarkan di negara jiran, Thailand, dengan nama GPX Drone 150.

Model ini didatangkan dengan enjin 149.6cc satu silinder SOHC dengan penyejukan cecair yang digerakan dengan transmisi jenis CVT.

Model ini juga menawarkan ciri moden antaranya penggunaan lampu LED penuh depan dan belakang dengan DRL (daytime running light) serta skrin jenis LCD.

Sementara itu, SYM Jet RX 4 RX menawarkan rekaan moden dan sporty dengan penggunaan lampu jenis LED dengan ciri Daytime Running Light (DRL).

Meskipun tampil sebagai skuter segmen 125cc namun motosikal ini lengkap dengan skrin LCD dan pengecas USB Quick Charge 2.0 yang menawarkan pengecasan lebih pantas berbanding USB biasa.

Model ini juga memberi penekanan terhadap platform Anti-Lift Engine Hanger System (ALEH) yang memfokuskan terhadap pembahagian sama rata bagi berat enjin sekaligus meningkatkan tahap keselesaan semasa menunggang.

SYM Jet 4 RX 125 ini didatangkan dengan enjin 124.6cc satu silinder dengan penyejukkan udara OHC yang menawarkan 11.2hp pada 8,500rpm dan 10.3Nm pada 6,500rpm.

Menurut MForce, SYM Jet 150 akan dilancarkan pada suku pertama 2021 manakala SYM Jet 4 RX pada suku kedua.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]