Skuter ADV Pertama Dari KYMCO Dilancarkan, Perkenalkan DT X360!

Advertisements

Pengeluar motosikal Taiwan, KYMCO, julung kalinya memperkenalkan skuter adventure (ADV) menerusi DT X360.

Bagaimanapun, khabar angin yang mendakwa skuter tersebut akan dikuasakan dengan enjin AK550 parallel-twin tidak benar dengan KYMCO menggunakan enjin satu silinder 320cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 29hp pada 7,250rpm dan 30 Nm pada 5,750rpm.

KYMCO DT X360 ini juga didatagkan dengan traction control di samping sistem keyless dan penggunaan lampu LED penuh serta skrin berwarna.

Sementara itu, bagi menyesuaikan dengan elemen ADV model ini lengkap dengan tayar ADV separa knobby 120/80-14 depan dan 150/7-13 belakang termasuk tangki 12.5L.

Sistem ‘suspension’ hadir menerusi fork teleskopik depan dan dikendalikan penyerap hentakan belakang jenis ‘twin-shock’.

Menariknya, ruang letak barang di bawah tempat duduk boleh memuatkan dua helmet ‘full-face’!

Ergonomik tempat duduk dengan ketinggian 800mm dan handlebar lebar menonjolkan lagi elemen ADV.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.