SYM Maxsym TL 500 2020 Ada Di Pengedar Disember Ini

MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar motosikal SYM di Malaysia memaklumkan bahawa skuter maxi, SYM Maxsym TL 500 2020 akan mendarat di pengedar seluruh negara bermula Disember ini.

Dilancarkan pada Mei lalu, skuter dengan 465cc dua silinder ini menawarkan 40hp pada 6,750rpm dan 42.5Nm pada 6,250rpm.

Ditawarkan pada harga RM35,888 antara ciri lain ditawarkan skuter maxi ini adalah seperti berikut:

  • fork (USD) 41mm
  • monoshock dengan suspension multi-link
  • skrin TFT 4.5 inci dengan auto dimmer
  • lampu LED penuh
  • tangki 12.5 liter
  • ABS dual-channel
  • cakera brek depan (berkembar) 275mm
  • cakera brek belakang (tunggal) 275mm
  • tempat duduk ergonomik

Sementara itu, SYM juga akan membawa masuk skuter baharu, Jet X 150 dan Jet 4 RX pada suku pertama 2021.

SYM JET 4 RX

SYM Jet 4 RX paling mencuri tumpuan tatkala menampilkan rekaan moden dan sporty yang dijangka mampu memberi persaingan kepada skuter 150 lain.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply