ONEXOX Persoal Tindakan MAM, KBS Serah Cek RM50 Ribu Kepada Kasma Tanpa Pengetahuan

Advertisements

Demikian kenyataan berani pasukan ONEXOX TKKR SAG Team dalam satu perkongsian di Facebook, hari ini.

Dalam perkongsian di laman sosial itu, ONEXOX TKKR SAG Team mempersoalkan tindakan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) menyerahkan cek berjumlah RM52,000 kepada pelumba Moto2, Kasma Daniel Kasmayudin.

Salam semua Semalam ada video KASMA daniel mengucapkan terima kasih kepada MAM DAN KBS kerana membantu meringankan…

Posted by Onexox TKKR SAG Team on Thursday, 19 November 2020

Difahamkan, MAM telah menyerahkan cek tersebut secara terus kepada pihak Kasma tanpa melalui ONEXOX selaku prinsipal pasukan.

Perkara itu tercetus susulan terdapat video memaparkan Kasma mengucapkan terima kasih kepada MAM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana membantu meringankan masalah kewangan.

Lantas, ONEXOX terkilan mengapa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu apatah lagi pernah mengadakan perbincangan dengan pihak KBS untuk memohon tajaan Kasma sebelum ini.

“Kepada MAM, kenapa perkara ini berlaku?

“Kepada KBS, kenapa pasukan yang membawa Kasma dan mengeluarkan jutaan ringgit diketepikan?

“Kepada MAM ini kurang ajar sangat?” demikian antara luahan ONEXOX di Facebook.