SYM Lancar Jet 4 RX 125 2021

Advertisements

Pengeluar motosikal Taiwan, SYM telah memperkenalan Jet RX 125 2021 untuk pasaran Eropah dan Asia.

Antara yang mencuri tumpuan adalah penggunaan dual rear suspension yang menyami skuter model lain antaranya Yamaha NVX dan NMax.

Rekaan lampu depan yang sporty di samping penggunaan lampu jenis LED dengan ciri Daytime Running Light (DRL) bukan sahaja meningkatkan tahap pencahayaan malah membuatkan bahagian depan Jet RX ini lebih moden.

Meskipun tampil sebagai skuter segmen 125cc namun motosikal ini lengkap dengan skrin LCD dan pengecas USB Quick Charge 2.0 yang menawarkan pengecasan lebih pantas berbanding USB biasa.

Menurut SYM, model ini juga memberi penekanan terhadap platform Anti-Lift Engine Hanger System (ALEH) yang memfokuskan terhadap pembahagian sama rata bagi berat enjin sekaligus meningkatkan tahap keselesaan semasa menunggang.

SYM Jet 4 RX 125 ini didatangkan dengan enjin 124.6cc satu silinder dengan penyejukkan udara OHC yang menawarkan 11.2hp pada 8,500rpm dan 10.3Nm pada 6,500rpm.

Sistem membrek juga dipertingkat dengan teknologi CBS (combine braking system) serta cakera brek 226mm depan dan brek drum 130mm dengan CBS belakang.

Skuter ini juga menawarkan penjimatan minyak yang efisien menerusi tangki 6.2L.

Persoalannya adakah pasaran Malaysia akan menerima tawaran model baharu ini? Nantikan pengumuman rasmi dari pihak MForce selaku pengedar SYM di Malaysia.