GP Perancis: Marquez Raih Podium Pertama, Ducati Rekod Kemenangan Sulung Di Le Mans

Advertisements

Pelumba Ducati, Danilo Petrucci merekodkan kemenangan pertama musim ini di GP Perancis meskipun beraksi dalam keadaan litar basah.

Hujan turun dengan lebat sebelum aksi bermula dan berterusan hingga pertengahan perlumbaan.

Petrucci yang beraksi buat kali terakhir musim ini bersama Ducati memulakan perlumbaan di petak ketiga namun berjaya mengetepikan cabaran untuk merekodkan kemenangan sulung musim ini.

Petrucci muncul pemenang ketujuh musim ini selepas sembilan perlumbaan di samping melakar nama selaku pelumba Ducati pertama untuk menang di Le Mans.

Dia bagaimanapun akan ke KTM Tech3 bagi musim 2021.

Sementara itu, nama Marquez kembali mengisi senarai di podium selepas Alex Marquez berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala wakil Red Bull KTM, Pol Espargaro melengkapkan podium di tempat ketiga.

Kejayaan Marquez itu sedikit sebanyak membawa kegembiraan buat pasukan Repsol Honda sejak kehilangan Marc Marquez yang diketepikan susulan kecederaan.

Ini merupakan podium sulung (Alex) Marquez di pentas MotoGP selepas berhijrah dari Moto2 musim lalu.

Rakan sepasukan Marquez, Stefan Bradl turut menghadirkan mata penting buat Repsol Honda apabila menamatkan aksi di tempat ke-8.

Pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo yang bermula dipetak pertama terpaksa berpuas hati di kedudukan ke-9.

Dia kini mendahului kejuaraan dengan 115 mata diikuti Jaon Mir dengan 105 mata dan Dovizioso dengan 97 mata, satu mata dihadapan Maverick Vinales.

Dalam perkembangan sama, pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins mempamerkan tunggangan mantap sepanjang perlumbaan dan berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-2 ketika berbaki tujuh lap.

Dia bagaimanapun, terbabas sejurus selepas itu lantas membuka peluang kepada Marquez.

Nasib tidak baik turut menimpa Dovizioso yang mengekori rapat rakan sepasukan Petrucci di kedudukan kedua sebelum tayar belakang mula kehilangan cengkaman dan terpaksa akur di kedudukan ke-4.

Pelumba veteran, Valentino Rossi terawal tersingkir daripada perlumbaan apabila kemalangan sejurus selepas

GP Perancis merupakan permulaan kepada tiga aksi berturut-turut yang selepas ini akan bersambung di Aragon dan Teruel.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.