Honda Beat 2020: Enjin, Kerangka, Tangki Dan Lampu Baharu – RM5,555!

Advertisements

Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda Beat 2020 secara strim langsung malam tadi.

Bagi tahun 2020, Honda Beat menawarkan enjin eSP baharu dengan suntikan PGM-FI.

Enjin ini kini menghasilkan 8.6hp pada 7,500rpm dan 9.53Nm pada 5,500rpm di samping mematuhi piawaian Euro4 dan standard kenderaan cekap tenaga EEV menerusi penjimatan bahan api 59.1km/L.

Penggunaan kerangka baharu turut meningkatkan keselesaan tunggangan tatkala kerangka ini adalah 4 kilogram lebih ringan berbanding model terdahulu.

Kapasiti tangki turut dipertingkat dari 4L ke 4.2L sementara ruang letak barang ini 11.7L, naik 0.5L berbanding model sebelum ini.

Lampu depan LED juga serba baharu di samping rekaan speedometer, cermin sisi, rim yang telah dikemas kini dan pembuka tempat duduk baharu.

Honda Beat 2020 terus mengguna pakai sistem membrek Combi Brake System (CBS) seperti yang terdapat pada Honda Vario 150 bagi menjaminkan tahap membrek terbaik.

Honda Beat 2020 ini ditawarkan dengan empat pilihan warna, Vivacity Red,
Force Silver Metallic, Pearl Nightfall Blue dan Space Magenta Metallic dengan kesemuanya boleh didapati dengan harga RM5,555.