SPYSHOT: Aprilia Tuareg 660 Didedahkan!

Advertisements

Ketika Aprilia menayangkan Tuono 660 dan RS660 di EICMA tahun lalu terdapat sebuah lagi jentera yang turut ditayangkan namun terlindung di dalam ruang berkaca dan dipenuhi dengan tumbuhan.

Aprilia juga tidak mendedahkan sebarang informasi mengenai jentera tersebut namun hanya membiarkan orang ramai membuat spekulasi sendiri.

Bagaimanapun, bagi yang melihat dengan teliti jelas terpampang nama ‘Tuareg’ di bahagian sisi tangki di dalam balang kaca tersebut sekaligus menandakan usaha Aprilia untuk kembali ke segmen motosikal adventure.

Kini, media Itali, motoblog.it berjaya mendapatkan imej intipan yang didakwa merupakan Aprilia Tuareg 660 sedang menjalani ujian di negara itu.

Sekali imbas, Aprilia Tuareg 660 ini menampakkan bayangan Yamaha Tenere 700 dan Honda Africa Twin susulan elemen jentera enduro menerusi ketinggian tempat duduk, penggunaan tayar spoke, penghadang angin tinggi dan skid plate.

Tatkala Aprilia disahkan akan melancarkan RS660 tahun ini, tarikh pelancaran bagi Tuono 660 masih belum diumumkan sekaligus beri bayangan mungkin pengeluar motosikal Itali itu bercadang merasmikan Tuono 660 serentak bersama Tuareg 660 ini?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.