Enjin Yamaha MT-09 Dinaik Taraf Bagi 2021 – 890cc, 120hp

Motosikal naked sport, Yamaha MT-09 akan dinaik taraf bagi 2021 dengan pertambahan sesaran enjin serta kenaikan kuasa.

Kemaskini tersebut dilaksanakan bagi mematuhi piawaian Euro5 yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2021 sekaligus menyaksikan semua pengeluar motosikal perlu melaksanakan perubahan.

Menurut dokumen daripada Federal Motor Transport Authority (KBA), sesaran enjin MT-09 akan dibesarkan dari 847cc kepada 890cc.

Secara tidak langsung, enjin baharu tersebut turut akan menghasilkan kuasa yang lebih tinggi, 120hp berbanding 114hp pada model sedia ada.

Enjin Euro5 itu juga akan menghasilkan emisi yang lebih sebagai syarat mematuhi piawaian Euro5.

Pada masa sama, dijangka pelaksanaan tersebut turut akan dilakukan pada model Yamaha lain antaranya Tracer 900, Tracer 900 GT, XSR 900 and Niken.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]