Bajaj Perkenalkan Warna Baharu Pulsar NS200 ABS 2021

Advertisements

Pengeluar motosikal India, Bajaj, memperkenalkan warna baharu Pulsar NS200 ABS bagi 2021.

Berdasarkan video promo yang dimuat naik, NS200 ABS tersebut memperlihatkan pilihan warna merah hitam dan putih.

Warna putih jelas kelihatan di bahagian frame dan rim dengan grafik 200 terpampang di bahagian sisi kiri dan kanan tangki.

Sementara bahagian lain menonjolkan penggunaan warna merah dan hitam.

Bagaimanapun, dijangka NS200 ABS ini masih lagi mengekalkan enjin 199.5cc dengan penyejukan cecair yang menawarkan 24.5hp dan 18.5Nm.

Sementara itu, Bajaj NS200 ABS ini turut dipasarkan di Malaysia dengan penjenamaan semula oleh Modenas namun masih tidak dipastikan sama ada pilihan warna baharu ini akan dikenalkan di sini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.