HLYM Anjur Marshall Riding Training Untuk Pemilik Yamaha 24 Oktober Ini

Advertisements

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan menganjurkan Marshall Riding Training (MRT) pada 24 Oktober ini.

Latihan tersebut memfokuskan kepada kemahiran menunggang motosikal dan tips keselamatan sewaktu menunggang secara berkumpulan dan akan diadakan di Kompleks Hong Leong Yamaha Motor di Sungai Buloh.

Menurut info dikongsikan HLYM di Facebook, latihan tersebut adalah terbuka kepada orang ramai yang memiliki motosikal Yamaha termasuk lesen motosikal yang sah dan belum tamat tempoh.

Orang ramai yang berminat hanya perlu membuat pembayaran RM150 dengan hari terakhir pendaftaran adalah pada 2 Oktober ini dan tempat adalah terhad.

Pada masa sama, pihak HLYM mensyaratkan semua peserta untuk membawa kelengkapan menunggang sendiri antaranya topi keledar, jaket, sarung tangan dan kasut di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pihak HLYM juga akan menyediakan makanan dan minuman sepanjang latihan dengan peserta yang berjaya melengkapkan latihan akan menerima sijil.

Bagi yang berminat, boleh menghubungi 03-6157 7011 untuk pertanyaan lanjut atau emelkan kepada [email protected]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.