MotoGP: Vinales Pemenang Keenam Musim 2020, Empat Pelumba Buru Kejuaraan Dunia

Advertisements

Pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales merekodkan kemenangan pertama bagi musim 2020 selepas mengungguli perlumbaan di GP Emilia Romagna, hari ini.

Menariknya, Vinales muncul pemenang keenam selepas tujuh pusingan musim ini selepas Fabio Quartararo, Brad Binder, Andrea Dovizioso, Miguel Oliviera dan Franco Morbidelli.

Pusingan kali ini terus berlangsung dengan penuh drama apabila pelumba Pramac Racing, Pecco Bagnaia alami kemalangan di penghujung aksi meskipun berada di depan sejak awal perlumbaan.

Senario itu membuka peluang kepada Vinales untuk kembali di depan sehingga menuju ke lap terakhir dengan catatan masa 41 minit 55.846 saat.

Sementara itu, pelumba Ecstar Suzuki, Joan Mir, berjaya mengulangi pencapaian di Red Bull Ring, Ogos lalu apabila menamatkan aksi di tempat kedua (+2.425s).

Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) melengkapkan podium di tempat ketiga (+4.528s) selepas Fabio Quartararo yang berada di tempat ketiga dikenakan penalti 3-saat selepas membuat keputusan untuk tidak melaksanakan ‘long lap penalty’ di lap terakhir.

Keputusan hari ini menyaksikan perebutan kejuaraan dunia kini membariskan empat pelumba, Andrea Dovizioso, Fabio Quartararo, Vinales dan Mir dengan masing -masing dipisahkan kurang lima mata.

Quartararo yang mendahului kejuaraan sehingga minggu lalu selepas dipintas Dovizioso dengan perbezaan satu mata, kekal dengan jurang sama dengan pelumba Itali itu bersama-sama Vinales manakal Mir turut memiliki peluang cerah dengan hanya empat mata dibelakang pendahulu.

Aksi MotoGP bakal kembali bersambung 27 September ini di Litar Catalunya, Barcelona.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.