Legasi FZ150i Kembali Hidup Dengan Yamaha MT-15

Umum mengetahui selain daripada pelancaran Yamaha MT-25 di Sofitel Damansara malam tadi, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut perkenalkan (previu) Yamaha MT-15.

Yamaha MT-15 dan MT-25

Meskipun hanya boleh didapati di pasaran bermula November nanti (termasuk harga), Yamaha MT-15 dijangka menarik lebih ramai pembeli di Malaysia terutamanya mereka yang merupakan peminat dan bekas pemilik FZ150i.

Yamaha FZ150i

Sejak HLYM menghentikan pengeluaran FZ150i, rata-rata peminat motosikal itu kecewa tatkala tiada lagi jentera jenis ‘naked’ bersesaran 150cc ditawarkan di Malaysia.

Berdasarkan pengamatan, pelanggan mengalih perhatian kepada jenama lain antaranya Modenas Pulsar NS200 dan NS200 ABS yang turut sama menawarkan rekaan motosikal ‘naked’.

Modenas NS200 ABS

Bagaimanapun, orang ramai kini boleh kembali gembira apabila HLYM akan mula menjual Yamaha MT-15 bermula November ini!

Yamaha MT-15 meneruskan legasi FZ150i namun dengan segala ciri moden dan terkini di samping membawa DNA ‘Monster of Torque’ yang terdapat pada abang besar, MT-10, MT-09 dan MT-07.

Membawa ciri ‘naked’, MT-15 menawarkan fork berwarna emas (tidak terdapat pada MT-25), dengan rekaan lampu depan (LED) seakaan MT-09 berbanding MT-25 yang memiliki bentuk lampu lebih tirus.

Bentuk ‘ekor’ belakang juga mengekalkan rekaan sporty dengan penggunaan lampu LED sesuai dengan elemen ‘naked’ yang diketengahkan.

Yamaha MT-15 didatangkan dengan enjin 155cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 18.5hp pada 10,000rpm dan 13.9Nm pada 8,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Sistem keselamatan utama pula terdiri dengan penggunaan Anti-lock Brake System (ABS) satu saluran (single-channel) dan High-Performance Variable Valves Actuation (VVA) dan Assist dan Slipper Clutch.

Penggunaan chassis jenis Deltabox seperti yang terdapat pada R-15 juga menjaminkan tunggangan lebih cekap dan selesa.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tangki 10L
  • tinggi tempat duduk 810mm
  • berat 138kg
  • tayar (radial) depan 100/80-17
  • tayar (radial) belakang 140/70-17
  • cakera brek depan 282mm
  • cakera brek belakang 220mm

HLYM menawarkan dua warna pilihan bagi MT-15, Ice Fluo dan Yamaha Blue sementara harga rasmi akan diumumkan November nanti.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]