Yamaha Pertimbang Hasilkan Tenere 300 Jika Wujud Permintaan

Advertisements

Ketika Yamaha memperkenalkan Tenere 700 baru-baru ini, Pengurus Komunikasi Produk Yamaha, Fabrizio Corsi, beri bayangan bahawa Yamaha mungkin akan menghasilkan varian bersesaran kecil jika terdapat permintaan tinggi.

Pendedahan itu dibuat kepada Motociclismo dengan Corsi berkata Yamaha sentiasa melihat kepada segmen motosikal bersaiz kecil hingga sederhana.

Motosikal bersesaran kecil semakin meraih populariti di seluruh dunia susulan menawarkan harga mampu milik, penyelenggaraan mudah dan mesra penunggang.

KTM 390 Adventure

Jadi tidak hairanlah, terdapat pengeluar motosikal terkemuka antaranya KTM dan BMW yang kini memfokuskan penghasilkan jentera bersaiz kecil dan sederhana menerusi KTM 390 Adventure dan BMW G 310 GS.

BMW G 310 GS

KTM 390 Adventure menarik perhatian sejak diperkenalkan awal tahun ini tatkala menawarkan elemen motosikal ADV seperti yang terdapat pada 790 Adventure namun dengan enjin yang lebih kecil dan harga yang lebih mampu milik.

Corsi berkata, “Rata-rata semua jenama menawarkan model bersesaran kecil dalam setiap segmen. KTM membuka segmen 125cc dengan model Duke sementara pengeluar lain turut memperkenalkan jentera 300cc seperti BMW.”

Sekiranya Yamaha mahu menembusi pasaran 250 hingga 300cc, menghasilkan Tenere versi kecil sudah pasti antara langkah tepat dalam menarik pembeli.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.