Pesaing Ranger Raptor Mendarat, Perkenalkan Ram TRX 1500 2021 – V8, 702HP!

Advertisements

Empat tahun sudah berlalu sejak Ram memperkenalkan kenderaan konsep, Rebel TRX, kini model ‘production’ akhirnya dilancarkan menerusi Ram 1500 TRX 2021.

Dilabel sebagai trak pikap paling laju dan berkuasa, 1500 TRX dimuatkan dengan dengan enjin 6.2L V8 ‘Hellcat’ – yang sebelum ini terdapat pada Dodge Challenger SRT Hellcat 2015 – yang menghasilkan 702hp dan 880Nm.

Kuasa tersebut kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan yang memfokuskan terhadap sistem pacuan 4-roda.

Tetapan ini memuatkan Ram TRX 1500 mampu merekodkan 0-100km/j dalam 4.5 saat dan mampu merekodkan kelajuan maksima (top speed) 190km/j.

Bagi memberikan rupa keseluruhan yang lebih ‘garang’ TRX dilengkapi dengan rim 18′ dan tayar Goodyear Territory berukuran 35′ yang direka khas untuk trak pikap ini.

Pada masa sama, bagi menampung tayar yang besar tersebut, fender dan flare yang lebih lebar dan panjang telah dipasangkan sekaligus menjadikan TRX 8 inci (203mm) lebih lebar berbanding model 1500 lain.

Model ini ditawarkan dengan pelbagai pakej antaranya cruise control, head up display, kerusi kulit, sistem audio 19 pembesar suara dan kemasan gentian karbon

Harga bermula pada USD71,690 (RM299,341) di Amerika Syarikat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.