Geng Berbasikal Tak Bertimbang Rasa, Letak Kereta Sesuka Hati Di Kawasan Hospital

Trend berbasikal semakin meningkat di Malaysia dengan rata-rata memilih aktiviti itu sebagai pilihan bersenam di hujung minggu.

Terdapat beberapa lokasi yang menjadi pilihan berbasikal antarannya di Gombak.

Bagaimanapun, rata-rata yang mengayuh di sekitar kawasan terbabit bukanlah membabitkan mereka yang duduk di situ malah mereka datang dari serata pelusuk Lembah Klang.

Baru-baru ini, akaun Twitter Asal Gombak berkongsi bagaimana tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah geng berbasikal ini telah menyusahkan orang awam.

Menurut perkongsian terbabit, mereka yang mahu melakukan aktiviti berbasikal sering meletakkan kenderaan mereka di perkarangan Hospital Orang Asli Gombak sehingga menyukarkan bas Rapid KL untuk berhenti bagi mengambil dan menurunkan penumpang hospital.

Situasi tersebut turut memaksa sesetengah pemandu untuk berhenti di bahu jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya di samping membahaykan nyawa penumpang bas tesebut.

Pendedahan tersebut turut membawa kepada netizen meluahkan rasa tidak puas terhadap mereka yang berbasikal dengan menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial – yang juga penunggang basikal – turut berkongsi bagaimana terdapat segelintir mereka yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Pernah berdepan dengan situasi melibatkan geng berbasikal? Kongsikan pendapat di ruang komen.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply