Sejak tular gambar yang menampakkan sebuah model SUV daripada Mitsubishi, ramai yang bertanyakan sama ada model tersebut akan diperkenalkan.
Persoalan itu akhirnya terjawab apabila Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengesahkan bahawa akan melancarkan SUV 7-tempat duduk itu tahun ini.
Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kejayaan penjualan XPANDER di pasaran Indonesia dan seluruh Asia Tenggara.\
Mitsubishi XPANDER diterapkan dengan konsep rekaan ‘Dynamic Shield’ yang terletakn dibahagian depan hampir kesemua model baharu Mitsubishi.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, menyifatkan XPANDER sebagai model paling penting bagi MMM.
“Mitsubishi XPANDER bukan sahaja penting buat MMM malah untuk seluruh pasaran Asia Tenggara. Setakat Jun 2020, lebih 265,000 unit telah pun terjual.
“Kejayaan penjualan XPANDER di pasaran Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam mencerminkan kesesuaian jentera ini untuk pasaran Malaysia.
“Kami di MMM teruja untuk melancarkan model ini di Malaysia tahun ini,” jelasnya.
Nantikan pengumuman pelancaran daripada MMM!