Litar Terlalu Panas Jejas Keadaan Tayar – Hafizh Syahrin

Advertisements

Hafizh Syahrin gagal mengutip mata dalam pusingan kedua di Litar Jerez semalam apabila terbabit dengan kemalangan dalam aksi Moto2.

Hafizh merekodkan aksi cemerlang minggu lalu apabila berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6 dan mengutip 10 mata.

Bagaimanapun, keadaan litar yang terlalu panas telah memberi kesan terhadap pretasi tayar yang menyaksikan pelumba Aspar Team itu terjatuh ketika perlumbaan memasuki lap ke-11.

Hafizh dalam rakaman video yang dikongsikan mendedahkan dia mengalami nasib sama seperti Jorge Navarro dari Beta Tools.

“Perlumbaan hari ini agak sukar untuk kesemua pelumba kerana litar agak panas jika dibandingkan dengan litar lain dalam Kejuaraan MotoGP pada musim ini.

“Apapun, pada perlumbaan hari ini saya cuba mengejar kelompok 10 pelumba teratas tapi saya ada masalah sama dengan pelumba (pasukan Beta Tools Speed Up) Jorge Navarro dari Sepanyol kerana suhu litar agak panas dan tiba-tiba suhu tayar daripada 75 darjah celcius menjadi 93 darjah celcius, dan suhu jentera naik 10 darjah celcius,” jelasnya.

GP Andalucia menyaksikan Moto2 dimenangi tiga pelumba Itali dengan Enea Bastianini muncul pemenang diikuti Luca Marini dan Marco Bezzecchi ketiga.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.