1,100 Unit Proton Saga Edisi Ulang Tahun Habis Dijual Dalam Lima Hari

Asalkan edisi terhad memang akan sentiasa ada permintaan, begitulah yang berlaku pada 1,100 unit Proton Saga Edisi Ulang Tahun yang habis dijual dalam masa lima hari.

Unit edisi khas ini telah dilancarkan pada 9 Julai lalu bagi meraikan ulang tahun ke-35 Saga.

https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/posts/3497281880295272

Model ini – yang berdasarkan varian Premium AT – hanya terhad kepada 1,100 unit sahaja dan menampilkan pilihan warna Quartz Black dengan gabungan warna kuning keemasan.

Bagaimanapun, tiada perubahan dilaksanakan terhadap bahagian enjin yang masih lagi mengekalkan 1.3L empat silinder yang menghasilkan 95 hp dan 120 Nm yang disalurkan menerusi transmisi 4-kelajuan automatik dari Hyundai.

Edisi Ulang Tahun ini ditawarkan pada harga RM39,300.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]