BMW M135i xDrive Dilancarkan – RM355,646!

Advertisements

BMW Malaysia telah memperkenalkan M135i xDrive serba baharu, model hatchback generasi ketiga bagi model 1 Series, hari ini.

Model serba baharu ini didatangkan dengan enjin M Performance TwinPower Turbo 2.0L empat silinder yang menawarkan 306hp dan 450Nm yang kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan Steptronic Sport Transmission yang turut menawarkan Launch Control.

BMW M135i xDrive ini juga memfokuskan terhadap keselesaan pemandu dan penumpang menerusi ruang dalam yang luas dengan elemen kemewahan.

Rekaan lampu dengan penggunaan lampu Adaptive LED juga menampilkan ciri moden ditambah dengan kidney gril ikonik BMW berkembar yang kini julung kalinya disatukan.

Model kompak sporty ini juga dilengkapi dengan rim 19 inci dengan gaya V-Spoke 557 M Bicolour dan spoiler eksklusif BMW M.

Bagi menyerlahkan elemen M, model ini turut dilengkapi dengan penyerap hentakan dan brek M Sport.

Bagaimanapun, antara ciri paling unik ditawarkan adalah Active Sound Design yang bertindak meningkatkan bunyi dihasilkan enjin lalu yang kemudiannya disalurkan kepada pemandu sekaligus mewujudkan suasana mengujakan.

Buat julung kalinya, M135i xDrive ini dikuasakan dengan tayar depan yang turut menawarkan teknologi daripada BMW i antaranya teknologi ARB yang sebelum ini didapati pada BMW i3s.

Sementara itu, ruang dalam didatangkan dengan kemasan ‘Illuminated Boston’ dengan penggunaan kulit Dakota dan menonjolkan elemen M emenerusi tempat duduk, tali pinggang keledar dan stering.

BMW M135i xDrive serba baharu ini juga kini lebih luas berbanding model sebelumnya dengan lebar lebih 34mm dan tinggi meningkat kepada 13mm.

Ruang tempat letak barang juga ditingkatkan daripada 360 liter kepada 380 liter.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • BMW Digital Key
  • Apple CarPlay
  • Remote Software Upgrade
  • BMW Intelligent Personal Assistant – BMW Personal CoPilot

Model ini ditawarkan dengan lima warna pilihan; Alpine White, Black Sapphire, Misano Blue, Mineral Grey dan Melbourne Red dan boleh didapati disemua pengedar bermula 28 Julai ini dengan tawaran harga RM355,646.25 (tanpa SST).

Orang ramai boleh membuat tempahan awal menerusi http://www.shop.bmw.com.my/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.