Gila Marquez Datang, Mahu Kembali Berlumba Hujung Minggu Ini

Marc Marquez, yang baru menjalani pembedahan ekoran terlibat kemalangan minggu lalu berhajat untuk beraksi hujung minggu ini di GP Andalucia.

Marquez disahkan alami keretakan tulang lengan tangan susulan kemalangan ngeri di litar Jerez minggu lalu.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan dibedah Dr Xavier Mir yang mendapati tiada sebarang kerosakkan pada bahagian saraf namun plat titanium telah dipasang terhadap bahagian yang disahkan retak.

Meskipun memerlukan masa untuk sembuh, timbul dakwaan pelumba berusia 25 tahun itu mahu turun beraksi minggu ini.

Perkara itu didedahkan wartawan rapat kepada Marquez, Emilio Perez de Rosas menerusi kolummya di El Periodico.

Malah, pelumba itu turut kelihatan telah tiba di Litar Jerez tanpa sebarang balutan di tangan kanannya menurut Twitter MotoGP!

Malah, jentera RC213V milik Marquez telah dibiarkan di dalam ‘paddock’ daripada digantikan dengan jentera pelumba uji, Stefan Bradl.

Menurut laporan Emilio, Marquez sedar bahawa kegagalan untuk beraksi dalam pusingan seterusnya akan memberi kesan terhadap usaha mempertahankan kejuaraan musim ini apatah lagi kalendar 2020 dipendekkan kepada 13 pusingan setakat ini.

Sekiranya Marquez membuat keputusan untuk beraksi, ini bukan kali pertama seorang pelumba berdegil untuk beraksi meskipun selepas mengalami kemalangan serius.

Pada 2013, Jorge Lorenzo kembali berlumba 36 jam selepas menjalani pembedahan tulang selangka dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-5.

Nantikan pengumuman rasmi daripada pasukan Repsol Honda berkaitan dengan nasib Marquez di GP Andalucia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]