Helmet LTD Kini Cecah Harga Ribuan Ringgit!

Jenama helmet LTD merupakan antara produk keluaran Solidgold Helmets yang bertapak di Cheras, Kuala Lumpur.

Helmet LTD merupakan antara helmet yang cukup popular sejak diperkenalkan awal 90an tatkala ditawarkan pada harga murah dan berpatutan di samping turut mendapat piawaian SIRIM.

Kebelakangan ini, jenama helmet buatan Malaysia mula dilupakan bukan sahaja disebabkan tidak dapat menyaingi jenama antarabangsa namun lambakan helmet tiruan turut memberi kesan.

Bagaimanapun, kami difahamkan helmet LTD vintaj kini telah pun mencecah harga ribuan ringgit susulan dianggap ‘rare’, unik sekaligus mencuri perhatian pengumpul helmet.

Seorang pengguna Facebook turut berkongsi bagaimana helmet LTD Star Putih Ungu (new old stock) terjual dengan harga RM4,500!

Menariknya, helmet keluaran 1998 itu bukanlah yang dianggap paling mahal kerana difahamkan varian bintang dengan warna kuning ditawarkan harga yang lebih tinggi sekitar RM7 ribu!

Menurut seorang penjual helmet LDT di Muar, hampir setiap hari ada yang bertanyakan varian bintang bewarna kuning tersebut namun dia belum berminat untuk menjualnya.

Difahamkan, helmet LTD bercorak bintang itu mula mencuri perhatian sekitar pertengah tahun 2018 dengan awalnya ditawarkan pada harga RM500 sahaja sebelum mencecah harga ribuan ringgit dalam tempoh dua tahun ini.

Dia turut menjelaskan bahawa tiada harga ditetapkan bagi sebarang helmet LTD bintang sebaliknya hanya menjual mengikut tawaran daripada pelanggan.

Ada juga khabar angin mengatakan pengeluar helmet LTD, Solidgold Helmets akan menghasilkan semula rekaan bintang ini namun dengan sedikit perbezaan – dari lima bintang ke empat belas bintang – namun info tersebut tak dapat dipastikan.

Meskipun ada yang akan mempersoal harga yang ditawarkan namun perlu diingatkan ini merupakan item koleksi dan tidak lagi mudah didapati apatah rekaan ini tidak lagi dihasilkan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply