Penunggang Yamaha R1 Ini Dicekup Gara-Gara Rakam Video Catat Kelajuan 300KM/J

Advertisements

Yamaha R1 sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri apatah lagi dengan generasi terkini dibangunkan oleh teknologi YZR-M1 di MotoGP.

Tidak hairanlah, ada sesetengah penunggang yang berasa dirinya seperti Valentino Rossi sebaik berpeluang untuk menunggang jentera tersebut.

Seorang penunggang motosikal di India telah mengambil peluang situasi Covid-19 – jalan raya lengang – untuk menunggang sebuah jentera R1 di India Electric City bertujuan untuk mencapai kelajuan maksima motosikal terbabit.

Jalan lurus sekitar 10 kilometer itu membolehkan penunggang terbabit merekodkan kelajuan 300km/j!

Lelaki itu kemudiannya bertindak memuat naik rakaman video itu ke laman Instagram dalam usaha untuk mendapatkan perhatian.

Bagaimanapun, video tersebut turut menarik perhatian polis Bangalore yang kemudiannya mendedahkan telah menahan penunggang terbabit dan merampas jentera R1 itu.

Kes seumpamanya turut pernah berlaku di Malaysia tahun lalu apabila seorang remaja lelaki merakam aksinya menunggang laju – sebuah jentera Kawasaki – di Jambatan Pulau Pinang lalu berkongsi aksinya di media sosial.

Dia kemudiannya turut ditahan pihak polis susulan menunggang dalam keadaan membahayakan di samping melebihi had laju.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.