Masalah Transmisi, Volkswagen Malaysia Panggil Semula 12,732 Unit Kenderaan

Advertisements

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memanggil semula 12,732 unit kenderaan yang dihasilkan di antara 2011 hingga 2015.

Panggilan semula itu membabitkan hydraulic pressure accumulator yang terdapat pada transmisi dual clutch gearbox (DSG) 7-kelajuan.

Difahamkan, masalah pada hydraulic pressure accumulator tersebut boleh menganggu transmisi di antara enjin dan kotak gear.

Antara model yang terkesn adalah Volkswagen Beetle, Cross Touran, Golf MK6 dan MK7, Jetta, Passat B7, Passat CC, Polo 6R dan Scirocco namun model yang dihasilkan selepas 2016 tidak terkesan.

Menurut VPCM, kempen ini akan berjalan secara berperingkat bagi memastikan proses berjalan lancar dengan semua pelanggan yang terkesan akan dimaklumkan serta-merta.

Sekiranya anda memiliki kenderaan disebut namun tidak dihubungi VPCM, kenderaan anda akan tetap diterima untuk kempen panggilan semula ini.

Pada masa sama, pemilik boleh buat semakan di laman sesawang Volkswagen atau hubungi 1800-18-8947 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.