Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti, menafikan dakwaan Jorge Lorenzo yang sebelum ini mendedahkan sedang dalam perbincangan bersama pasukan itu.
Pada awalnya, timbul khabar angin mengatakan Ducati kononnya berminat untuk mendapatkan semula khidmat Lorenzo.
Lorenzo kemudiannya ‘mendedahkan’ bahawa pihaknya sedang dalam perbincangan dengan Ducati beberapa minggu lalu.
Bagaimanapun, Ciabatti seakan menutup desas-desus itu dengan mengesahkan bahawa tiada sebarang perbincangan berlangsung.
“Tiada apa yang berlaku pun ketika ini tetapi memang jelas Jorge (Lorenzo) berminat untuk pulang ke Ducati dan melakar sesuatu sebelum bersara.
“Tetapi segalanya hanya dalam kepada Jorge ketika ini,” jelasnya.
Ducati masih belum mengesahkan slot dua pelumba bagi musim 2021 tatkala Andrea Dovizioso masih belum menurunkan sebarang tandatangan untuk terus kekal bersama pasukan itu.
Sementara, Petrucci bakal berhijrah ke Redbull KTM Tech3 dengan tempatnya diisi dengan Jack Miller. – GPOne