GIVI B42N Antartica: Rekaan Padu, Kualiti Terbaik

Advertisements

Apabila bercakap tentang kotak simpan untuk motosikal, tak lain tak bukan nama GIVI akan mula dipetik dibibir pengguna dua roda.

Manakan tidak, GIVI menawarkan ruang simpanan terbaik di samping selamat untuk sepanjang perjalanan di atas motosikal.

Baru-baru ini, GIVI memperkenalkan ‘top case’ terbaru, B42N Antartica selepas seminggu berkongsi ‘teaser’ di laman media sosial.

‘Teaser’ yang pada awalnya bertujuan menarik minat orang ramai, kami sebagai pengamal media turut sama berasa teruja dan ketika peluang itu hadir untuk mencuba sendiri tawaran terbaru daripada GIVI Malaysia, kami semua tidak berfikir dua kali untuk ke GIVI Asia di Bukit Beruntung.

Antartica merupakan kotak simpanan revolusi baharu daripada GIVI.

Bukan sahaja menawarkan pelbagai ciri terkini dan selamat malah ini merupakan kotak simpan yang dibuat 100 peratus di Malaysia untuk pasaran seluruh dunia.

Selepas lebih setahun enam bulan – daripada peringkat R&D ke pengeluaran – akhirnya Antartica dipertontonkan kepada umum beberapa hari lalu.

Ciri paling menonjol adalah bahagian ‘Prismatic Reflective Insert’ yang terletak di dua penjuru depan yang menonjolkan lagi rupa keseluruhan model ini di samping menawarkan pencahayaan terbaik ketika berada di jalan raya.

Pada masa sama, ruang 42L ditawarkan boleh memuatkan dua helmet semi jet (open face) atau satu helmet jenis modular dengan lebihan ruang boleh diisi dengan baju hujan dan sebagainya.

Mungkin ada yang berpendapat saiz 42L terlalu besar terutamanya jika diletakkan pada motosikal kapcai tetapi hakikatnya ruang tersebut sangat praktikal dan tampak tak kekok apabila diletakkan pada motosikal kecil – penulis meletakkan pada skuter jenis Honda Vario.

Pada awalnya, kami juga agak skeptikal tetapi selepas lihat dengan mata sendiri, Antartica nampak cocok dengan motosikal kapcai mahupun skuter.

Sementara itu, Antartica terhasil dengan menggunakan bahan jenis Polypropylene (PP) kelas tertinggi sekaligus menjaminkan keutuhan dan tahan lasak.

Ciri keselamatan juga dipertingkat dengan sistem ‘Micro 3 Locking’ yang kini lebih efisien dan selamat di samping penggunaan

Senang cerita, barang yang disimpan – mengikut had berat yang ditetapkan – tidak akan melayang sewaktu menunggang dalam keadaan cuaca panas atau hujan lebat.

B42N Antartica ditawarkan pada RM420 seunit dan sebelum ada yang mempersoalkan harga tersebut, diingatkan model ini juga didatangkan dengan waranti dua tahun sekaligus menjadikan kotak simpan ini pelaburan yang berbaloi untuk jangka masa panjang.

Bagi yang berkenan, boleh tinjau GIVI Point seluruh negara atau di pengedar rasmi Ogos ini.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.