Platform atas talian (online) merupakan cara terbaik untuk menjual dan membeli kenderaan dengan mudah tetapi dengan lambakan ‘scammer’ ketika ini, proses itu menjadi sukar.
Bagaimanapun, terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi penjual dan pembeli masa kini sekaligus proses jual beli jadi rumit dan melecehkan.
Menyedari isu ini, MUV perkenalkan MuvBid platform jual beli kenderaan secara bidaan yang selamat dan mudah.
Anak syarikat Warisan TC Holdings Berhad ini telah pun bertapak di Malaysia sejak 2013 terutamanya bagi jual beli kereta terpakai secara bidaan.
Namun, memasuki tahun 2020, mereka kini mengembangkan operasi kepada jual beli motosikal terpakai.
Menariknya, MUV menawarkan perkhidmatan bebas penipuan terutamanya daripada ‘scammers’ yang semakin berleluasa di platform lain.
Bagi penjual yang berminat untuk menjual motosikal, anda hanya perlu menghantar motosikal tersebut ke hub MUV di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor untuk sesi pemeriksaan.
MUV akan memastikan jentera yang hendak dijual itu berada dalam keadaan terbaik dan selamat untuk digunakan.
Malah, penjual yang mahu mengiklankan motosikal di platform MUV tidak akan dikenakan sebarang caj.
Penjual juga akan diberi kuasa untuk menetapkan harga di samping menentukan sama ada menerima atau tidak bidaan yang terakhir selepas tarikh tutup – 7 hari.
Sementara itu, bagi pembeli yang berjaya membuat bidaan, pihak MUV akan membantu dalam segala proses termasuk pertukaran nama di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM, insurans dan cukai jalan bagi pihak pembeli.
Langkah ini sekaligus memastikan kedua-dua belah pihak (pembeli dan penjual) tidak perlu bersusah payah melaksanakan proses di atas.
Ini kerana sasaran utama MUV adalah melancarkan proses penjualan dan pembelian sebaik mungkin.
Bagi yang berminat untuk menjual atau membeli motosikal menerusi MUV, layari https://www.muv-x.com.