5 Helmet SHARK Baharu Yang Boleh Dirisik Di Modenas Power Store Sekarang!

Sejak pembukaan pada bulan Ogos 2019, Modenas Power Store bukan sahaja menjadi hub penjualan dan servis bagi motosikal Modenas atas 200cc malah turut menjadi pusat tumpuan bagi yang mencari helmet berkualiti.

Setelah hampir setahun beroperasi, Modenas Power Store Kota Damansara kini mengembangkan koleksi baharu bagi helmet SHARK.

Kami senaraikan lima helmet baharu yang boleh dirisik sekarang!

  1. SHARK Skwal/D-Skwal

SHARK Skwal merupakan varian yang unik ditawarkan jenama dari Perancis ini tatkala menawarkan ciri lampu LED yang menyala bagi membantu meningkatkan taraf kebolehnampakan di atas jalan raya.

Modenas Power Store juga menawarkan SHARK Skwal Sam Lowes Be A Racer bagi yang meminati jenama Aprilia.

Model ini turut didatangkan dengan sun visor untuk tunggangan di waktu siang serta Pinloc Max Vision.

  1. SHARK Vancore 2

Bagi yang mahu kelihatan berbeza dan ‘jahat’, SHARK Vancore 2 ini tidak didatangkan dengan visor sebaliknya gogal ‘full vision’ anti-calar.

Kami sarankan model ini sangat sesuai dengan pengguna motosikal jenis kapcai, naked dan supermoto.

  1. SHARK Spartan Carbon

Ini merupakan helmet yang cukup popular ditawarkan Modenas Power Store sehingga kini namun bagi memenuhi kehendak pembeli, lebih banyak stok baharu di bawa masuk dengan tawaran 40 peratus diskaun.

Spartan Carbon merupakan helmet jenis ‘dual purpose’ yang bukan sahaja sesuai untuk kegunaan harian malah boleh digunakan ketika ‘Track Day’.

  1. SHARK Evo One 2/ES

Ini merupakan helmet yang sangat luar biasa namun praktikal ditawarkan SHARK.

Evo One 2 merupakan helmet jenis modular dengan bahagian ‘chin’ boleh dibuka sehingga ke belakang lantas tidak mengganggu sewaktu tunggangan.

Malah, helmet ini turut disertakan dengan Pinlock anti-fog termasuk sun visor sekaligus menjadikan helmet ini cukup sesuai untuk mereka yang kaki ‘touring’ atau sering balik kampung hujung minggu.

  1. SHARK Race R Pro

Tatkala aktiviti ‘Track Day’ kembali dibenarkan berjalan, SHARK Race R Pro merupakan helmet bagi si kaki litar lumba.

Bagi tahun 2020, Modenas Power Store menawarkan rekaan terbaru daripada SHARK terutamanya Lorenzo Catalunya GP 2019, Carbon Skin, replika Miguel Oliveira dan banyak lagi.

Setiap aspek Race R Pro telah mengambil kira pengalaman mereka di pentas MotoGP dan WorldSBK yang dipakai pelumba terkenal seperti Lorenzo, Lowes, Zarco dan Scott Reedding.

Pada masa sama, Modenas Power Store turut menawarkan pelbagai rekaan bagi SHARK Ridil yang merupakan helmet segmen ‘entry-level’ yang ditawarkan pada harga mampu milik.

Bagi yang berminat untuk melihat kesemua helmet ini dengan lebih dekat boleh singgah ke Modenas Power Store Kota Damansara atau hubungi mereka di +60128003470.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]