Kawasaki ZX-25R SE Dilancarkan Di Thailand – RM36,000!

Selepas dilancarkan di Indonesia baru-baru ini, Kawasaki ZX-25R turut diperkenalkan di Thailand ketika Pameran Motor Antarabangsa Bangkok.

https://www.facebook.com/KawasakiMotorsThailand/videos/3049383808666687/

Jentera 250cc dengan 4-silinder itu ditawarkan pada harga THB269,000 (RM36,379).

Ketika pelancaran di Indonesia, model tersebut ditawarkan dengan dua varian, standard dan SE namun pasaran Thailand hanya ditawarkan dengan varian SE.

Kawasaki ZX-25R menawarkan 50hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm tork pada 14,500rpm dan turut dilengkapi Kawasaki Quick Shifter dengan transmisi 6-kelajuan.

Sejak dipertontonkan buat julung kalinya ketika di Tokyo Motor Show 2019, Kawasaki ZX-25R tak henti-henti menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persoalan.

Namun segala persoalan terjawab ketika pelancaran sulung di Indonesia, baru-baru ini.

Varian SE menawarkan pelbagai ciri menarik antaranya:

  • ABS (dual-channel)
  • KQS (Kawasaki Quickshifter Up/Down)
  • Pillion cover
  • Penghadang angin (smoke)
  • Frame slider

Persoalannya, adakah kita bakal menerima ZX-25R bagi pasaran Malaysia?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]