Cub Prix: Castrol Malaysia Taja Dua Pelumba Kategori WIRA

Advertisements

Castrol Malaysia mengumumkan penajaan bagi dua pelumba muda kategori WIRA bagi Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada usaha Castrol dalam membantu pembangunan sukan permotoran dan dalam mencari bakat baharu.

Dua pelumba yang menerima tajaan Castrol adalah Muhammad Harith Haziq Bin Zamri dan Allan Harris Bin Herman dengan kedua-keduanya baru berusia 16 tahun.

Muhammad Harith Haziq

Haziq dan Allan dilihat sebagai prospek muda yang semakin meningkat naik dengan kedua-duanya telah melibatkan diri sejak 2018 dan merekodkan kedudukan memberangsangkan.

Mereka turut beraksi di Kejuaraan Superbike Malaysia dan Kejuaraan Perlumbaan Jalan Asia dalam misi mengaut pengalaman berharga.

Allan Harris

“Kami berbesar hati kerana mendapat tajaan Castrol tahun ini. Terima kasih atas kepercayaan ini agar kami dapat pergi lebih jauh.

“Ini merupakan pengalaman sulung berlumba dibawah payung Pasukan Catrol,” jelas Allan dan Harith.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-Shan meluah rasa bangga dengan legasi Castrol.

“Sejarah kami bermula dari awal perlumbaan di Isle of Man TT pada tahun 1907 yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi dalam siri MotoGP hari ini.

“Kami amat berbangga dengan legasi kami dalam perlumbaan motosikal selain merupakan salah satu jenama pelincir yang terkemuka di negara ini. Kami ingin memberi galakan kepada bakat muda pada masa akan datang untuk meneruskan minat mereka melalui saluran yang betul dan profesional,” jelasnya.