Penampakan Tawaran Model Baharu Daripada Mitsubishi?

Advertisements

Tular di media sosial memaparkan sebuah kereta daripada Mitsubishi Malaysia yang menampakkan sebuah kenderaan jenis SUV baharu.

Pengguna Facebook, Jamaan Abd Rahman telh berkongsikan gambar yang memaparkan sebuah Mitsubishi Xpander yang kelihatan di Malaysia.

Mitsubishi Xpander merupakan kenderaan segmen SIV yang telah dihasilkan di kilang Mitsubishi terletak di Krama Yudha, Cikarang, Indonesia.

Mitsubishi mendedahkan model tersebut sekitar November tahun lalu yang telah pun dijual untuk pasaran negara itu.

Perkongsian tersebut sedikit sebanyak memberi bayangan rakyat Malaysia bakal ditawarkan dengan model Xpander daripada Mitsubishi Malaysia.

Mitsubishi Xpander menawarkan enjin 1.5L empat silinder yang menghasilkan sekitar 104hp dan 141Nm.