SPYSHOT: Ducati Monster 2021, Multistrada V4 Jalani Ujian Jalan Raya

Beberapa tahun ini, Ducati kelihatan memfokuskan pelancaran model baharu membabitkan varian Panigale, Hypermotard dan Scrambler.

Bagaimanapun, pengeluar motosikal Itali itu kini beralih ke dua jentera lain, Multistrada dan Monster.

Sebelum ini, Multistrada V4 telah pun didapati menjalani ujian di Itali, kini Ducati dilihat sedang giat menguji varian Monster yang dilaporkan akan dilancarkan tahun depan.

Berdasarkan imej yang dikongsikan Ride Apart, perbezaan ketara yang dipaparkan Monster baharu ini adalah penggunaan kerangka aluminium berbanding kerangka trellis yang cukup sinonim dengan model tersebut.

Pada masa sama, enjin ini juga mengguna pakai penyejukan cecair seperti Monster 821 dan 1200 dengan enjin Testastretta.

Menariknya, model ujian ini juga memaparkan penggunaan ekzos berkembar yang teretak di sebelah kanan namun belum dapat dipastikan sama ada rekaan sama akan dikekalkan bagi unit pengeluaran.

Pada masa sama, Ducati turut didapati menjalankan ujian jalan raya bagi Multistrada V4.

Ducati Multistrada V4

Khabar angin mengenai model ini telah pun berlegar sejak setahun lalu sehinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali mengesahkan sendiri desas-desus tersebut.

Kini, jentera disebut itu didapati menjalani ujian kali kedua sekaligus beri bayangan Multistrada V4 semakin hampiri peringkat pengeluaran.- Ride Apart

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]