Dorna Bantu Pelepasan Khairul Idham Pawi Ke Sepanyol

Advertisements

Pelumba Petronas Sprinta Racing, Khairul Idham Pawi, sepatutnya berangkat ke Jerez , Sepanyol awal minggu ini sebagai persiapan menghadapi saingan Moto3 yang kembali bersambung bulan ini.

Namun, dia terkandas susulan peraturan baharu Eropah yang hanya membenarkan 15 negara – Malaysia tidak tersenarai – untuk masuk ke Sepanyol.

Bagaimanapun, pelumba berusia 21 tahun itu mampu menarik nafas lega apabila Dorna dengan bantuan kerajaan Sepanyol telah memberi kebenaran untuk terbang ke negara itu.

Pelepasan sama turut diberikan kepada dua lagi pelumba negara yang bersaing di Moto2, Hafizh Syahrin (Aspar Team) dan Kasma Daniel (Onexox TKKR SAG Team).

Aksi MotoGP akan membuka tirai pada 17-19 Julai ini di Jerez.