NZ Wheels: Beli Mercedes-Benz Dan Peluang Menangi Ducati X-Diavel S!

Advertisements

Orang ramai boleh menikmati tawaran istimewa menerusi Double Celebrations untuk berpeluang memenangi sebuah Ducati X Diavel S dengan setiap pembelian model Mercedes-Benz terpilih di NZ Wheels.

Selaku pengedar rasmi Mercedes-Benz di Malaysia, kempen Double Celebrations ini berlangsung daripada 13 Julai hingga 30 September 2020 dan orang ramai berpeluang memenangi jentera bernilai RM161,900!

Orang ramai hanya perlu membuat tempahan berjaya dan membuat pembelian bagi melayakkan diri memenangi motosikal Ducati tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Dato Nik Hamdam Nik Hassan menyifatkan kempen ini bagi mengalakkan pelanggan mengambil peluang pengecualian cukai yang diperkenalkan kerajaan.

“Kami telah bekerjasama dengan Ducati Malaysia bagi menawarkan pengalaman premium ini kepada pelanggan,” jelasnya.

Sementara itu, pelanggan hanya perlu mengisi borang dengan menyertakan bukti pembelian untuk menyertai peraduan ini.

Pemenang akan diumumkan menerusi laman sesawang NZ Wheels dan platform media sosial.

Orang ramai boleh singgah di pusat pameran NZ Wheels Autohaus bagi melihat dengan lebih dekat model Mercedes-Benz yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut layari laman Instagram dan Facebook NZ Wheels.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.