BMW Motorrad Malaysia akhirnya melancarkan BMW S 1000 XR 2020 bagi pasaran tempatan.
BMW S 1000 XR merupakan jentera yang dilahirkan menerusi nadi sama yang terdapat pada jentera sportbike, S 1000 RR namun telah ditala agar sesuai untuk tunggangan jarak jauh.
Model 2020 ini menggantikan model sebelumnya yang diperkenalkan pada 2016.
Rekaan baharu ini tampil lebih agresif dengan kesinambungan ketara daripada bahagian depan hingga belakang.
Ergonomik tunggangan juga telah dikemaskini bagi menawarkan pengalaman menunggang terbaik.
Dikuasakan dengan enjin 999cc empat silinder, jentera ini kini menawarkan 165hp pada 11,000rpm – berbanding 160hp pada model 2016 – dan 114Nm pada 9,250rpm dengan segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi kotak gear enam kelajuan synchromesh.
Model 2020 ini juga didatangkan dengan skrin TFT 6.5 inci daripada BMW Motorrad, yang kini didatangkan secara standard bagi semua model baharu.
Menariknya, antara kemaskini mendadak yang dilaksanakan adalah penggunaan BMW ‘Flexi Frame’ yang mengurangkan berat jentera lebih 9 peratus.
Ini menjadikan BMW S 1000 XR 2020 10 kilogram lebih ringan berbanding model 2016 yang memiliki berat sekitar 223kg.
Model ini juga dilengkapi dengan teknologi lampu LED terbaru yang meliputi ‘adaptive cornering lights’, Headlight Pro DRL turut didatangkan secara standard.
Antara ciri standard yang ditawarkan:
- Lampu LED
- Empat mod tunggangan (Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro)
- Dynamic Traction Control (DTC) dengan DTC Wheelie
- Tempat letak panniers
- Ruang letak barang
- Ruang letak kad tol
BMW S 1000 XR 2020 ini turut disertakan dengan Dynamic ESA (Electronic Suspension Adjustment) yang menjaminkan tunggangan selesa menerusi dua mode, Road dan Dynamic serta Dynamic Brake Control (DBC).
BMW S 1000 XR 2020 ini didatangkan dengan dua warna pilihan, Icey Grey dan Racing Red.
Orang ramai kini boleh mendapatkan S 1000 XR di setiap pengedar BMW Motorrad bermula hari ini dengan harga RM121, 500.
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!