BMW Motorrad Perkenalkan Sistem Active Cruise Control Baharu

Kemampuan untuk menyesuaikan kelajuan mengikut senario semasa merupakan antara ciri ditawarkan Active Cruise Control (ACC) yang sekian lama telah diperkenalkan pada kenderaan empat roda BMW.

Bagaimanapun, BMW Motorrad akan perkenalkan sistem bantuan tunggangan ini bagi menawarkan pengalaman tunggangan berbeza.

ACC merupakan teknologi yang dibangunkan BMW Motorrad bersama Bosch.

Pengalaman bertahun-tahun mewujudkan ACC untuk kereta telah membantu dalam menghasilkan sistem terbaik bagi menyesuaikan teknologi tersebut pada motosikal.

Teknologi ACC baharu ini menawarkan keselesaan maksimum kepada penunggang motosikal jenis ‘touring’ dengan mengawal (regulate) kelajuan yang telah ditetapkan penunggang.

Sistem ini secara automatik akan mengurangkan kelajuan sekiranya jarak dengan kenderaan depan semakin hampir.

Pada masa sama, kelajuan semasa dan ketentuan jarak dengan kenderaan depan semasa ACC diaktifkan boleh dilaraskan menerusi butang di ‘handle’ motosikal dengan segala tetapan dibuat akan dipaparkan menerusi skrin TFT.

ACC oleh BMW Motorrad ini turut menawarkan dua mod polihan, ‘comfortable’ atau ‘dynamic’ yang menawarkan perwatakan pecutan dan perlambatan berbeza.

Kawalan jarak dengan kenderaan depan juga boleh dinyahaktifkan bagi membenarkan penunggang menggunakan Dynamic Cruise Control (DCC).

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]