Tempahan Dibuka Untuk 18 Unit BMW R 18 Di Malaysia – RM156,500!

Advertisements

Diinspirasikan, daripada BMW R 5, BMW R 18 First Edition ini menawarkan ciri minimalis – tanpa sebarang teknologi canggih dengan enjin boxer menjadi tumpuan utama.

Terhad kepada 18 unit sahaja bagi pasaran Malaysia, rekaan R 18 tampak kontemporari sekaligus menjadikan gaya keseluruhan sebuah cruiser sejati.

Enjin boxer 1,802cc 2-silinder – diberi jolokan Big Boxer – ini merupakan enjin boxer BMW paling berkuasa.

Enjin ini menghasilkan 91hp pada 4,750rpm dan 158Nm pada 3,000 hingga 4,000rpm dan mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 180km/j.

Bagi menyerlahkan lagi rekaan klasik kontemporari R 18, sistem penyerap hentakan didatangkan dalam bentuk fork teleskopik dan central suspension strut boleh laras (preload) berbanding penyerap hentakan elektronik yang ditawarkan model BMW Motorrad lain.

Rekaan klasik dan unik turut dipertingkat dengan penggunaan drive-shaft terdedah.

Ergonomik tempat duduk juga diberi penekanan dengan BMW R 18 menawarkan tempat duduk yang santai termasuk bahagian footrest sekaligus menjamin tunggangan dan kawalan selesa bagi penunggang.

Antara ciri ditawarkan R 18:

  • tiga mod tunggangan (Rain/Roll/Rock)
  • Automatic Stability Control (ASC)
  • Engine Drag Control
  • Reverse Assist
  • Hill Start Control
  • Lampu LED dengan rekaan klasik
  • Keyless Ride

Pada masa sama, BMW menghasilkan R 18 dengan kebolehan untuk dikustom mengikut cita rasa pemilik.

BMW R 18 First Edition ini boleh didapati bermula Oktober 2020 namun tempahan awal telah pun dibuka dan boleh dibuat menerusi pautan ini https://bmwmotorrad-r18.com/R18

Setiap pembelian BMW R 18 First Edition akan didatangkan dengan waranti 3 tahun termasuk program bantuan tepi jalan.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.