Lebih 600 Mat Motor Ditahan Di LPT, Ada Yang Tunggang Tanpa Brek Belakang

Advertisements

Lebih 600 mat motor telah ditahan menerusi Ops Tutup Khas yang dilancarkan di dua lokasi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), semalam.

Operasi tersebut yang dijalankan di dua kawasan R&R Lanchang dan Chenor menyaksikan sebanyak 358 saman dikeluarkan dengan 20 motosikal telah disita.

Menurut Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Polis Traffik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, antara kesalahan yang direkodkan adalah lesend an cukai jalan tamat tempoh di samping melakukan pengubahsuaian yang boleh mengundang bahaya.

Apa yang mengejutkan, ada diantaranya didapati menunggang tanpa brek belakang.

“Paling saya kesal, ada yang sanggup menunggang motosikal tanpa brek belakang dan ini amat berbahaya bukan sahaj kepada diri sendiri, tetapi juga kenderaan lain,” jelasnya.

Terdapat sebahagian yang turut didapati melakukan aksi berbahaya dan berlumba.

Sementara itu, pihak berkuasa turut mendapati tiga daripada yang ditahan berada di bawah pengaruh dadah dan ketum.

Ops Tutup Khas ini melibatkan lebih 12 pegawai dan 52 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut dibantu oleh lima pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta 10 pegawai daripada Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK). – BH

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.