EICMA 2020 Dibatalkan

Setelah mengambil kira situasi semasa berkaitan pandemik Covid-19, pihak penganjur EICMA memutuskan untuk membatalkan acara tahunan itu bagi 2020.

EICMA merupakan pameran motosikal terbesar dunia yang sering diadakan sekitar hujung tahu di Milan, Itali.

Pengeluar motosikal dunia menjadikan EICMA sebagai platform mempamerkan jentera baharu termasuk rekaan konsep sebelum dipasarkan.

Kini, EICMA 2020 dijangka akan ditunda bagi tahun 2021.

Meskipun dunia mula menyesuaikan diri dengan norma baharu namun penganjur bimbang akan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) dapat dilakukan dengan efisien.

Pengarah Urusan EICMA, Paolo Magri mengesahkan pihaknya kini menganjak EIMCA 2020 ke November 2021.

Awal tahun ini, dua pengeluar besar KTM dan BMW Motorrad telah pun membuat keputusan menarik diri daripada acara tahun ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]