Yamaha Force 155 2020 Dilancarkan Di Taiwan

Yamaha telah melancarkan Force 155 yang telah dikemaskini bagi tahun 2020 bagi pasaran Taiwan.

Turut dikenali sebagai Yamaha Majesty 155 di sesetengah pasaran, kemas kini tersebut melibatkan pilihan warna baharu .

Yamaha Force 155 digerakkan dengan enjin 155cc 4-valve dengan penyejukkan cecair dan meskipun Yamaha tidak mendedahkan kuasa kuda yang dihasilkan namun dijangka menawarkan angka sama seperti generasi baharu Majest S155, 14hp dan 14Nm.

Model ini didatangkan dengan fork teleskopik, rim 13 dan cakera brek 267mm depan dan 245mm belakang.

Antara ciri lain ditawarkan adalah lampu depan berkembar halogen dan paparan LCD dengan tachometer.

Model ini dijangka tidak akan diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) telah pun menawarkan skuter 155cc menerusi NVX dan NMax.

Sementara itu, model baharu Yamaha NMax 155 2020 telah pun diperkenalkan di pasaran Indonesia tahun lalu yang kini dilengkapi dengan traction control dan Y Connect.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]