Marc Marquez Tak Minat Dengan Isle of Man TT, Enggan Ambil Risiko

Advertisements

Marc Marquez mendedahkan dia tidak berminat dengan Isle of Man TT ekoran enggan meletakkan nyawa sendiri dalam bahaya.

Isle of Man TT yang telah berjalan lebih 100 tahun, dianggap sebagai perlumbaan jentera dua roda paling agung di dunia susulan menawarkan dinamik dan risiko yang berbeza berbanding MotoGP.

Walaupun pelumba MotoGP sedia ada tidak dapat beraksi di TT atas faktor komitmen ada di antara mereka yang pernah membuat penampilan antaranya Giacomo Agostini dan Valentino Rossi yang pernah melengkapkan satu pusingan pada 2009.

Bagaimanapun, Marquez tanpa segan silu mendedahkan pendiriannya mengenai perlumbaan itu.

“Saya menghormati para pelumba yang sertai TT tetapi saya tak berminat.

“Saya suka berseronok sambil menikmati perlumbaan tetapi untuk beraksi di Isle of Man TT saya perlu memperjudikan nyawa,” jelasnya.

Sehingga 2019, sejumlah 151 pelumba telah kehilangan nyawa di Isle of Man TT.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!