Sekolah Di Hulu Selangor Terima 5,000 Pelindung Muka Sumbangan Perodua

Menjelang pembukaan semula sekolah pada 24 Jun (esok) ini, Perodua telah menyumbang 5,000 pelindung muka kepada 17 sekolah menengah di sekitar Hulu Selangor.

Pelindung muka tersebut menawarkan visor anti-kabus yang diperbuat daripada bahan polyethylene terephthalate bagi menjaminkan penglihatan optimum.

Perodua turut menyumbang pelindung muka tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu.

“Kami menyumbang pelindung muka ini bagi kegunaan pelajar Tingkatan 5 dan 6, guru dan kakitangan sebaik mereka kembali ke sekolah selepas tiga bulan ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Meskipun mereka semua akan memakai topeng muka tetapi pelindung muka ini akan bertindak sebagai penjagaan ekstra.

“Kami berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan kerana bekerja keras untuk menerajui negara ketika krisis Covid-19,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dato Zainal Abidin Ahmad.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]