Ganti Pam Minyak Bermasalah, Honda Malaysia Panggil Semula 55,354 Unit Kenderaan

Honda Malaysia memanggil semula (recall) lebih 55,354 unit kenderaan bagi menggantikan pam minyak sebagai langkah berjaga-laga selaras dengan panggilan semula kenderaan Honda seluruh dunia.

Antara model yang terkesan adalah seperti berikut:

Sementara itu, Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang bakal dihadapi pelanggan.

Bagaimanapun, Honda Malaysia mengesahkan panggilan semula ini tidak melibatkan model yang dikeluarkan pada tahun 2020.

Honda menyifatkan tindakan menggantikan pam minyak ini – secara percuma – sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada berlakunya enjin kehilangan kuasa atau kenderaan terhenti secara tiba-tiba.

Menurut Honda lagi, sehingga hari ini tiada kejadian kemalangan atau kecederaan yang berlaku berkaitan masalah ini.

Pelanggan Honda boleh menghubungi pengedar Honda terdekat atau layari www.honda.com.my.