WorldSBK: Jodoh Kawasaki-Rea Dilanjutkan Sehingga Beberapa Tahun Lagi

Kawasaki dan Jonathan Rea akan terus bersama dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) untuk beberapa tahun lagi selepas pelumba itu menandatangani kontrak lanjutan.

Rea sertai Kawasaki daripada Honda pada 2015 sebelum memulakan karier penuh cemerlang apabila merekodkan lima kejuaraan dunia berturut-turut.

Meskipun timbul khabar angin bakal beralih angin namun Rea yang menegaskan dia menghargai sumbangan Kawasaki terhadap kariernya.

Meskipun tidak didedahkan tempoh lanjutan yang telah dipersetujui namun pengesahan ‘multi-year’ itu membuktikan Rea telah menandatangani kontrak melebihi dua tahun yang telah menjadi kebiasaan di WorldSBK dan MotoGP.

Sejak membuat penampilan sulung di WorldSBK pada 2009, Rea telah pun merekodkan 89 kemenangan dengan 74 daripadanya hadir bersama Kawasaki.

Rea akan terus digandingkan bersama Alex Lowes bagi musim 2021.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]