Sime Darby Motors Perkenalkan Program Korporat Khas

Advertisements

Sempena dengan kempen Unbelievable Deals, Sime Darby Motors melancarkan program korporat, inisiatif khas kepada klien korporat untuk memiliki kereta idaman dengan tawaran istimewa.

Kempen ini merangkumi semua jenama di bawah payung Sime Darby Motors antaranya, BMW, MINI, BMW Motorrad, Volvo, Jaguar, Land Rover, Ford dan Hyundai.

Pengarah Urusan Pemasaran dan Pengedaran Sime Darby Motors, Jeffrey Gan menyifatkan program ini direka khas bagi memberi ganjaran kepada pelanggan setia Sime Darby Motors Malaysia.

“Objektif kami adalah menyediakan pakej menarik kepada pelanggan di samping memastikan keperluan selepas jualan dijaga oleh individu profesional yang akan memastikan servis terbaik,” jelasnya.

Pada masa sama, Jeffrey menegaskan pihaknya akan terus mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan kerajaan dalam menjamin keselamatan pelanggan dan kakitangan.