Perodua Umum Turun Harga Kenderaan Sehingga 6 Peratus

Advertisements

Perodua mengumumkan penurunan harga kenderaan di antara 3 hingga 6 peratus melalui rebat tunai selaras dengan pengumuman pengecualian cukai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Meskipun, tempoh pengecualian cukai bermula 15 Jun ini, Perodua menawarkan rebat tunai tersebut bermula hari ini.

Perkara itu disahkan sendiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Kami ingin membolehkan orang ramai mengambil kesempatan ini untuk memiliki kenderaan Perodua tanpa berasa ketinggalan. Sila kunjungi mana-mana pusat jualan Perodua dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mengetahui amaun rebat tunai yang ditawarkan serta senarai harga penuh yang akan berkuatkuasa 15hb Jun,” jelasnya.

Pengecualian cukai tersebut merupakan antara langkah dalam Rancangan Pemulihan Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri pada 5 Jun lalu.

Pengecualian cukai 100 peratus ditawarkan bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus bagi kenderaan import (CBU).

Pada masa sama, pengecualian cukai dalam bentuk rebat tunai itu ditawarkan bagi semua model Perodua – Myvi, Axia, Bezza, Aruz dan Alza.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.