BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan Waranti Lanjutan Baharu

Advertisements

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan waranti lanjutan baharu, program perlindungan bagi semua motosikal BMW termasuk lima tahun waranti bagi helmet BMW.

Lanjutan perlindungan ini berlangsung sehingga 1 Julai 2020 bagi motosikal BMW yang waranti berakhir di antara 18 Mac hingga 1 Jun 2020.

Bukan itu sahaja, BMW Motorrad turut mengumumkan kempen khas bagi membantu pemilik yang mengalami masalah bateri dengan memperkenalkan beberapa harga menarik bagi semua bateri dan pengecas bateri.

Kempen ini berlangsung sehingga 10 Julai 2020.

Pengarah Urusan BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley menyifatkan lanjutan waranti ini sebagai inisiatif untuk membantu para pemilik motosikal BMW kembali menunggang.

“Kita kini telah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekaligus pemilik motosikal sudah boleh kembali melakukan aktiviti berkonvoi.

“Bagi memudahkan semua pihak, kami di BMW Motorrad akan memastikan setiap ‘rider’ menerima pengalaman pemilikan premium terbaik terutamanya di masa sekarang.

“Kami teruja untuk membantu mengembalikan semua ‘rider’ kembali di atas jalan raya menerusi program lanjutan waranti, bateri dan helmet,” katanya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!