Honda EX5 Milik Pa’din Musa Kena Curi Di Kepala Batas

Advertisements

Lagenda papan luncur negara, Pa’din Musa, yang kini terlibat dalam arena kustom motosikal memaklumkan bahawa motosikal Honda EX5 miliknya telah dicuri.

Menerusi perkongsian di Instagram dan Facebook Padin Musa, motosikal tersebut telah dicuri ketika diletakkan di Jalan Seri Serdang, Kepada Batas, Pulau Pinang untuk makan tengah hari.

“Dukacita dimaklumkan, EX5 aku telah hilang dicuri lebih kurang jam 1.50pm hingga 2.45pm di Jalan Seri Serdang, Kepala Batas. Ditinggalkan sebentar sebab pi makan tengahari. Walaupun harga tak seberapa tapi harap kalau ternampak bolehlah roger dan harap boleh share2 di group2 berkaitan. Terima kasehh semua…”

Menariknya, motosikal kesayangan Padin itu turut pernah membuat penampilan dalam dokumentari 150CC Skate Tour oleh Abah & Sons.

Diharapkan motosikal kesayangan Padin dijumpai semula menerusi bantuan orang ramai dan pihak berkuasa.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.