Honda Malaysia Lancar Kempen Bantuan Covid-19 Sempena Pelancaran BR-V 2020!

Advertisements

Honda Malaysia telah melancarkan kempen Community Relief sempena pelancaran Honda BR-V yang telah dikemaskini bagi tahun 2020.

Kempen Be Kind With BR-V merupakan inisiatif khas untuk membantu menyokong program bantuan Covid-19.

Menerusi kempen yang berjalan dari 2 Jun hingga 31 Ogos ini, setiap pembelian BR-V baharu, Honda akan menderma sebahagian daripada penjualan kepada program bantuan Covid-19.

Pada masa sama, Honda turut mengerah semua pengedar untuk sama-sama menghulur bantuan terhadap komuniti yang terkesan menerusi kempen kedua, Honda Dealer Donation Drive yang berjalan dari 1 Jun hingga 31 Ogos ini.

Menerusi kempen ini, orang ramai boleh menderma barangan keperluan di pengedar Honda. Barangan tersebut kemudiannya akan disalurkan ke mereka yang terkesan sekitar kawasan berhampiran.

BR-V yang telah dinaik taraf ini menampilkan estetik yang lebih maskulin bagi meneruskan kesinambungan rekaan ‘Active-Solid Motion’ menerusi gril depan baharu, bumper depan baharu, dan kemasan lampu depan yang baharu.

Model ini turut didatangkan degan rekaan rim aloi dua tona termasuk antena sirip yu baharu.

Honda BR-V 2020 ini didatangkan dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang menghasilkan 118.3hp yang disalurkan menerusi transmisi Continous Variable Transmission (CVT).

Meskipun berkonsepkan crossover serba boleh, BR-V menawarkan ruang yang luas dan selesa menerusi konfigurasi 60:40 One Touch Tilt & Tumble di barisan kedua dan 50:50 Tilt & Full Tumble di barisan ketiga.

Ini membenarkan pemilik menggunakan setiap ruang sebaik mungkin untuk penumpang dan barangan termasuk ruang letak barang berukuran 223 liter (ketika tempat duduk dinaikan) dan 539 liter ketika tempat duduk dilipat.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tweeter speakers
  • cargo light
  • cabin filter
  • paparan 7 inci
  • auto air conditioning
  • keyless dan push start button (didatangkan secara standard)

Honda BR-V ditawarkan dalam dua varian, E dan V dengan masing-masing ditawarkan pada harga RM89,000 dan RM96,900.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.